Siapa sangka permainan hebat dan diiktiraf salah satu permainan paling laris didalam sejarah kini boleh didapati secara percuma?

Ya betul, ianya akan diberi secara percuma malam ini jam 11 malam melalui Epic Games Store. Maklumat ini tertiris melalui akaun Twitter @EpicGames, sebelum dipadam atas sebab berkemungkinan dimuat naik secara tidak sengaja. Berikut adalah tweet oleh pengguna @Wario64 yang sempat merakamkan iklan tersebut.

Apa yang anda perlu lakukan adalah mendaftar akaun Epic Games Store (percuma) dan mengaktifkan 2-Step Authentication (memerlukan aplikasi pengesahan seperti Google Authenticator) dan lihat halaman ini pada jam 11 malam nanti. Selamat dituntut, permainan ini akan menjadi hak milik anda secara kekal.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.