Percuma Beb! Pac-Man Championship Edition 2 Percuma Untuk PS4, PC Dan Xbox One

13

Satu berita yang tidak dijangka, Bandai Namco menawarkan permainan secara percuma, dan ianya hanya bukan untuk pemain platform Steam sahaja.

Pac-Man Championship Edition 2 kini ditawarkan secara percuma untuk masa yang terhad di platform PS4, PC (Steam) dan juga Xbox One. Ini bukanlah tawaran “free weekend“, kerana anda dapat mengekalkan permainan ini seumur hidup selepas anda menuntut tawaran tersebut.

Tawaran ini akan tamat pada 10hb Mei untuk PS Store, manakala 11hb Mei, 1AM untuk Steam, dan mungkin tarikh yang sama untuk Xbox juga. Maka, tuntut sekarang semasa tawaran tersebut masih aktif.

Pac-Man Championship Edition 2 adalah sekuel kepada permainan arked klasik mengenai pemain mengutip dot didalam kotak maze dalam masa yang sama mengelakkan diri dari hantu AI. Ianya Pac-Man didalam konteksnya sendiri yang asli.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*