Apabila bercakap mengenai sekuriti komputer, ramai yang masih akan mengatakan bahawa salah satu kelebihan komputer Mac oleh Apple ialah ia lebih sukar ataupun tidak mempunyai sebarang kerentanan.

Perkara ini tidak benar, dan apabila sebuah kerentanan ataupun perisian hasad ditemui untuk platform tersebut, ia akan menjadi sebuah perkara yang cukup serius sekali.

Terkini, sebuah perisian hasad telah ditemui yang memfokuskan kepada komputer riba Apple MacBook yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Apple M1 yang terbaru.

Patrick Waddle, seorang penyelidik sekuriti komputer baru-baru ini telah menemui sebuah variasi perisian hasad Pirrit yang terkenal untuk membelenggu komputer-komputer Apple melalui sebuah pemalam pelayar web Safari yang dinamakan GoSearch22.

Apabila dipasang pada Safari, perisian hasad Pirrit ini akan membelenggu komputer pengguna dengan iklan pop keluar dan mengumpul data pengguna.

Apa yang membuatkan perisian hasad ini lebih teruk ialah ia walaupun Pirrit lebih mudah dikesan melalui MacBook yang menggunakan CPU Intel, MacBook dengan CPU M1 masih lagi terdedah kepada bahaya kerana tidak semua perisian sekuriti boleh mengesannya setakat ini.

Menurut beliau lagi, pembangunan perisiah hasad Pirrit untuk Apple M1 ini bukanlah suatu tugasan yang mencabar. Ia boleh dikatakan hampir semudah membangunkan aplikasi X86 sedia ada ke ARM seperti perisian-perisian lain.

Secara teknikalnya, sebelum ini GoSearch22 ialah sebuah aplikasi sah dengan nombor ID pembangun Apple, tetapi syarikat tersebut telah sedar mengenai isu ini, dan membatalkan aksesnya, dan kini tidak ditawarkan lagi melalui App Store Mac terbaru.

Ia dinasihatkan jika anda memuat-turun perisian ataupun aplikasi pada komputer riba MacBook M1 anda, janganlah memuat-turunnya melalui sumber-sumber yang tidak rasmi.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.