Perisian Samsung tidak membenarkan komputer untuk muat turun kemaskini Windows

Samsung telah dikenalpasti melumpuhkan kebolehan komputer untuk memuat turun kemaskini sistem operasi Windows hanya kerana tidak mahu mengganggu perisian kemaskini mereka yang sendiri SWUpdate. Hal ini dijumpai oleh Patrick Barker, seorang pengguna dan pengkaji yang membantu pengguna PC Windows. Dia menyemak sebuah komputer klienya yang mengadu tidak boleh memuat turun kemaskini Windows dan apabila Patrick menyemak data registry, dia terjumpa dengan satu entri yang ditandatangangi secara digital oleh Samsung sendiri.

atic

Entri ini tidak datang secara automatik, ianya berpunca daripada perisian update Samsung yang bernama SWUpdate. Samsung menerangkan sebab mereka menutup akses Windows Update kerana ianya boleh menyebabkan mana-mana komputer Samsung untuk tidak berfungsi seperti biasa selepas memuat turun kemaskini Windows sebagai contoh port USB 3.0 yang kemunkinan akan berhenti berfungsi ataupun WiFi. Jika anda cuba membuka pilihan Windows Update, ianya akan secara automatik tertutup semua selepas “reboot”. Pihak Samsung juga menyatakan bahawa kerja pembaikan telah dibuat dan kemunkinan besar mereka akan membuang larangan tersebut.

SW-Update

Setakat ini tiada lagi jumlah sebenar mengenai berapa komputer yang menghadapi masalah ini. Ini kerana masalah berpunca daripada perisian OEM Samsung, jika anda menggunakan komputer daripada Samsung tetapi tidak menggunakan perisian SWUpdate, maka komputer anda tidak mengalami masalah ini. Kenapa masalah ini dianggap sangat serius? Ini kerana kemaskini Windows mempunyai pelbagai pembaikan dari segi perisian Windows sendiri dan juga kemaskini keselamatan daripada malware atau virus. Jika Samsung terus menutup kemaskini Windows Update secara paksa, maka semua komputer berpotensi dijangkiti virus.

Peringatan buat anda juga supaya tidak sesekali ambil lewa mengenai kemaskini Windows kerana ianya dapat membantu anda daripada bertemu sebarang masalah. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.