Perkhidmatan Aplikasi Yoodo Mengalami Masalah Untuk Diakses

Yoodo merupakan salah satu perkhidmatan dibawah rangkaian Celcom, memudahkan pengguna untuk mengoptimasikan penggunaan berdasarkan kepada keperluan. Yoodo menggunakan aplikasi khusus untuk tujuan berkenaan.

Terbaru, kini perkhidmatan aplikasi Yoodo mengalami masalah untuk digunakan. Apakah sebab disebaliknya masih tidak diketahui. Pihak Yoodo mengesahkan perkara ini, dan mengatakan pasukan teknikal sedang berusaha mengatasinya.

Selain aplikasi, rangkaian Yoodo juga dilihat menghadapi masalah untuk diakses oleh sejumlah pengguna. Mengikut tinjauan kasar, ramai mengatakan menghadapi masalah dengan rangkaian Yoodo sejak pukul 7 petang tadi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*