Perkhidmatan Penstriman Video ZEE5 Ditawarkan Kepada Pengguna Celcom Dengan Kerjasama Apigate

Hari ini, Apigate dan ZEE5 telah mengumumkan pelancaran mereka yang pertama untuk pasaran Malaysia bersama Celcom dengan membawakan pelbagai kandungan terkini kepada pengguna di Malaysia.

ZEE5, yang merupakan sebahagian daripada ZEE Entertainment Enterprises Limited (ZEEL) menawarkan pelbagai liputan berita terkini secara eksklusif, merangkumi 12 bahasa seperti Inggeris, Hindi, Hindi, Bengali, Punjabi, Malayalam, Tamil, dan Telugu. Ia juga menawarkan lebih daripada 60 saluran televisyen popular dari rantau Asia Selatan.

Zoran Vasilijev- Ketua Pegawai Eksekutif Apigate menyifatkan kerjasama ini mampu meningkatkan peluang penstriman video dalam talian negara untuk berkembang lebih pesat. Wujudnya platform ini ia mampu melebarkan perkembangan Apigate pada tahap yang lebih luas.

Malaysia adalah pasaran tumpuan yang tinggi bagi kandungan hiburan India dan Asia Selatan dengan permintaan yang semakin meningkat untuk kandungan video atas talian. Mereka akan melancarkan kandungan dalam bahasa antarabangsa juga termasuk Bahasa Melayu.

Wujudnya kerjasama ini dapat menyokong pengendali tempatan seperti Celcom untuk bersama-sama mengembangkan peluang perkongsian media di pasaran ini. Untuk makluman lanjut, anda bolehlah layari pautan di bawah.

Layari laman web: ZEE5

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.