Tahun lalu perkhidmatan WiFi percuma di Lapangan Terbang Antarabanga KLIA dinobatkan sebagai ketiga terpantas di dunia. Senarai untuk 2016 telah dikeluarkan oleh RottenWifi dan KLIA jatuh ke tangga ke empat. Kelajuan muat turun purata di KLIA ialah 34.02 Mbps.

Tangga teratas diambil oleh Bill and Hillary Clinton National Airport (42.17 Mbps) diikuti oleh Lennart Meri Tallinn Airport (38.3 Mbps) dan Don Mueng International Airport (37.1 Mbps) . Kelajuan internet percuma yang pantas memudahkan pengguna untuk memuat naik status mereka tiba ke destinasi dengan selamat dan mendapatkan maklumat yang mungkin terlepas ketika di dalam pesawat.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.