Permainan Klasik Konami: Contra, Castlevania, Metal Gear Solid Kini Dijual Di GOG (PC)

Konami sekali lagi buat keputusan yang pelik dengan mengumumkan Metal Gear klasik, Metal Gear Solid dan Metal Gear Solid 2 akan kembali ke PC melalui platform GOG.

Selain dari itu Castlevania dan Contra juga kembali ke PC didalam GOG.

Juga permainan ini hanya kembali didalam bentuk asal, bukanlah didalam remaster / remake.

Ini adalah salah satu inisiatif yang dibuat oleh Konami untuk mengembalikan nostalgia permainan berdekad lamanya kepada pemain kini yang mungkin terlepas dengan era tersebut.

Anda boleh dapatkan permainan-permainan ini dari harga USD $5.99 (RM26~) ke USD $9.99 (RM41~) melalui laman web GOG.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*