5

Streets Of Rage 4, sebuah sekuel kepada francais beat-’em-up dari Sega kini telah tiba dipasaran.

Dibangunkan oleh DotEmu, sebuah studio yang pakar didalam mengolahkan permainan lama seperti permainan Windjammers. DotEmu juga bekerjasama dengan Lizardcube yang juga bertanggungjawab dalam pengolahan permainan klasik, seperti Wonder Boy: The Dragon Trap Remake. Permainan ini juga dibangunkan sama dengan Guard Crush Games, terkenal dengan permainan Streets Of Fury.

Streets Of Rage 4 menyambungkan jalan cerita siri francais ini, ditempatkan pada 10 tahun selepas siri Streets Of Rage 3. Axel, Blaze dan Adam kembali sebagai karakter yang boleh dimainkan beserta dengan karakter baharu iaitu Cherry dan Floyd.

Permainan ini menyokong multi-pemain sama ada atas talian mahupun luar talian. Ianya juga mempunyai PvP Battle Mode yang mempengaruhi seakan permainan perlawanan. Boss Rush Mode juga tersedia.

Artistik grafik lukiran beserta dengan muzik latar yang dibawa oleh Olivier Derivière, Yūzō Koshiro dan Motohiro Kawashima, semestinya satu pakej yang menarik.

Streets Of Rage 4 boleh didapati sekarang di PS4, PC (Steam & Xbox Game Pass for PC), Xbox One dan Nintendo Switch. Untuk PS Store Asia, ianya disenaraikan sebagai nama Jepunnya, Bare Knuckle IV.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.