11

Selepas dua permainan video yang dilancarkan pada tahun lepas, iaitu Dirt Rally 2.0 dan Grid (2019), tahun ini kita mungkin akan dapat melihat permainan perlumbaan dibawah francais Dirt baharu kelak.

Melalui pengumuman oleh Codemaster, selaku pembangun siri rali terkenal ini, mereka kini telah memberhentikan kerja kemaskini kepada Dirt Rally 2.0 dan akan memfokuskan kepada siri Dirt seterusnya.

Selain dari Dirt Rally, Codemaster juga pernah melancarkan siri ke-4 untuk permainan rali simulator-arkednya, Dirt 4 namun tidak mendapat reaksi positif yang mereka pernah dapat dari siri Dirt 3.

Untuk pengetahuan, permainan Dirt baharu ini akan dibangunkan oleh studio yang berbeza dengan studio yang membangunkan siri Dirt Rally.

Tiada maklumat lanjut diberi setakat ini, adakah ianya Dirt 5? Dirt Showdown 2? Ianya masih didalam tanda tanya. Namun boleh dikatakan persoalan ini akan terungkai oleh Codemaster dalam masa terdekat.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.