Apakah kerja pertama anda sementara menanti keputusan SPM? Ramai remaja sekarang mengambil pekerjaan separuh masa di restoran makanan segera dan kedai kopi. Di Australia, McDonalds ialah restoran yang memberikan peluang pekerjaan awal terbesar golongan remaja. Bagi memudahkan prosesĀ  permohonan kerja, McDonalds Australia bekerjasama dengan Snapchat untuk menghasilkan filter khas

Pemohon diberikan pilihan filter yang mengubah diri mereka supaya kelihatan seperti sebagai kakitangan McDonalds. Mereka kemudian boleh mengambil video memperkenalkan diri sendiri selama 10 saat. Video boleh dihantar kepada pihak McDonalds sebagai resume meminta kerja. Dengan penggunaan Snapchat, McDonalds berharap jenama mereka akan kelihatan lebih cool dengan golongan remaja.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.