Awal minggu ini kerajaan mengumumkan permohonan untuk melakukan pergerakan antara negeri boleh dilakukan bermula 25 April menerusi aplikasi Gerak Malaysia. Hari ini anda sudah boleh melakukan permohonan ini tetapi pengesahan permohonan diluluskan hanya akan diberikan pada 29 April.

Anda hanya perlu memuat turun aplikasi Gerak Malaysia dan mendaftarkan maklumat peribadi yang diminta oleh aplikasi. Selepas usai pendaftaran tekan butang Generate QR Code. Aplikasi akan meminta anda memberikan sebab mengapa ingin keluar dari rumah. Pilihan yang diberikan ialah kecemasan, menerima rawatan, aktiviti penting, membeli barangan dapur dan pergerakan di antara negeri.

Harus diingatkan aplikasi ini tidak boleh digunakan untuk balik ke kampung. Sebaliknya adalah untuk membolehkan mereka yang terperangkap di kampung semasa cuti sekolah untuk kembali ke kediaman masing-masing

Tekan sahaja butang pergerakan antara negeri dan permohonan anda akan direkodkan. Sekiranya pilihan lain dipilih, kami menyedari sebuah kod QR akan diberikan dengan pemasa had 11 jam. Ini mungkin petanda kerajaan akan memerlukan rakyat menggunakan aplikasi ini setiap kali mereka melakukan perjalanan keluar dari rumah walaupun ia masih belum diumumkan oleh menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri.

Muat turun aplikasi Gerak Malaysia dari Google Play Store

Muat turun aplikasi Gerak Malaysia dari Apple App Store

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.