TechSemut Malaysia

Persamaan Lengkap jika Perdana Menteri Menerajui Portfolio Sains

Persamaan Lengkap jika Perdana Menteri Menerajui Portfolio Sains

Persamaan Lengkap jika Perdana Menteri Menerajui Portfolio Sains
Julai 02
17:33 2018

OLEH: TAN SRI OMAR ABDUL RAHMAN
Felo Kanan Akademi Sains Malaysia

Media cetak sering kali menjadi medan luahan kegusaran berkaitan situasi semasa bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) serta penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (RD&C) di Malaysia yang masih jauh dari yang diimpikan.

Saya pernah menulis laporan tentang “Akademi Sains Malaysia: Prospek Sains 2015 dan 2017” dan membuat kesimpulan “Status semasa ekosistem STI kita bukanlah suatu faktor yang mencetuskan keyakinan terhadap ekonomi yang ‘diterajui sektor swasta serta dipacu oleh inovasi’.

Situasi ini juga bukan sesuatu yang menggalakkan bagi komuniti saintifik di Malaysia. Kita pernah dikecewakan dengan ketandusan komitmen terhadap STI dan RD&C dalam Rancangan Malaysia ke-11 walaupun penekanan diberikan terhadap inovasi”.

Saya juga menerangkan empat senario bagi “Laluan Berbeza Malaysia ke arah 2020” yang dibangunkan oleh Malaysian Foresight Institute di MIGHT pada 2012, iaitu ‘A Star is Born’, ‘Entrapment’, ‘ Don’t Worry Be Happy’ dan ‘Sealed in a Time Capsule.’

Saya menegaskan lagi, kini kita sudah masuk tahun 2018 dan dari perspektif STI, kita masih belum menghampiri senario “A Star is Born”.

Sebaliknya kita berada dalam kedudukan yang mendukacitakan iaitu “Don’t Worry Be Happy” dan “Sealed in a Time Capsule”.

Situasi ini disokong oleh penemuan Prospek Sains 2015 dan 2017. Saya menggesa kerajaan baharu supaya mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang kita daripada pembangunan yang malar ke arah senario kelima iaitu “Malaysia for Sale”.

Hakikatnya, bidang STI kita seakan pegun, malah berada dalam trend menurun sejak Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 2003.

Tun adalah jaguh terulung kita dalam STI. Sewaktu beliau memegang tampuk kepimpinan, terdapat peningkatan dalam ekosistem STI serta banyak aktiviti dijalankan dalam bidang teknologi dan pembangunan perniagaan baharu.

Segelintir penganalisis menggelar tempoh ini sebagai ‘zaman keemasan sains di Malaysia’.

Komuniti saintifik mengalu-alukan pelantikan Tun Dr Mahathir sebagai ketua kerajaan baharu.

STI berpeluang diletakkan semula sebagai keutamaan negara yang perlu disokong sepenuhnya sehingga ia menjadi tonggak utama yang mendorong program pembangunan sosioekonomi negara dengan kerajaan baharu.

Namun, masih ada keperluan mendesak untuk mengkaji semula status semasa landskap STI, mengenal pasti kelemahannya serta mengambil tindakan untuk mempertingkatkan legitimasi, autoriti dan kapasiti bagi pelbagai aparatus yang ada berkaitan STI.

Tubuhkan kumpulan saintis berwibawa atau jawatankuasa kecil Kumpulan Tokoh Cemerlang.

Sebaik-baiknya Tun Dr Mahathir menerajui kementerian hal ehwal sains dan teknologi walaupun portfolio ini tiada dalam senarai yang diumumkan.

Jawatan ini menjadi portfolio kedua yang bersesuaian untuk Perdana Menteri, selaras peranan beliau sebagai jaguh STI. Walaupun umum sudah mempersetujui perdana menteri tidak dibenarkan memegang jawatan menteri kedua.

Selama bertahun-tahun saya merasakan walaupun kita mempunyai kapasiti yang sudah cukup baik untuk menasihatu bidang sains, ia tidak dicerminkan dengan kemampuan untuk menerima dan bertindak dengan nasihat yang baik.

Berikan Tun Dr Mahathir portfolio STI dan persamaan itu menjadi sempurna. Kita sudah  boleh memandang ke hadapan, menuju satu lagi zaman kegemilangan STI yang mendorong pembangunan dalam negara tercinta.

NOTA: Penulis adalah Felo Kanan, Akademi Sains Malaysia.

Artikel ini merupakan artikel terjemahan dari portal The Petri Dish (www.thepetridish.my). MajalahSains mendapat persetujuan dari The Petri Dish untuk diterjemah dan disiar semula di laman ini.

7total visits,7visits today

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com