TechSemut Malaysia

Pertemuan Dua Hala MOSTI dan Putera Raja Jordan El Hassan bin Talal

Pertemuan Dua Hala MOSTI dan Putera Raja Jordan El Hassan bin Talal

Pertemuan Dua Hala MOSTI dan Putera Raja Jordan El Hassan bin Talal
November 13
05:02 2017

AMMAN, JORDAN -Pertemuan dua hala Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Duli Yang Teramat Mulia Putera Raja Jordan El-Hassan bin Talal selaku Pengerusi Majlis Tertinggi Sains dan Teknologi Jordan berlansung dengan jayanya di sini minggu lalu.

Dalam pertemuan tersebut kedua-dua belah pihak membincangkan perkara utama yang dibentangkan sempena Forum Sains Dunia yang sedang berlansung pada 7-11 Nov di sini. Turut dibincangkan oleh kedua-dua pihak ialah potensi kolaborasi dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi antara kedua buah negara.

Cenderahati dari MOSTI

Dalam satu kenyataan selepas pertemuan tersebut, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau memberitahu wartawan, “kami sangat gembira dan teruja dengan perjalanan forum yang berlansung terutamanya apabila semua peserta dan hadirin sebulat suara bersetuju tentang keperluan supaya Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dijadikan polisi penting, untuk masa depan kemanusiaan yang lebih baik”.

“Saya turut gembira berjumpa dengan Putera Raja Jordan El-Hassan bin Talal. Sudah pasti kedua-dua buah negara mempunyai peluang yang baik untuk saling bantu membantu dalam masa yang terdekat, ujar beliau lagi.

Bertukar-tukar pandangan
Perbincangan dua hala

Putera El-Hassan bin Talal, selaku Pengerusi Majlis Tertinggi Sains dan Teknologi Jordan menyampaikan ucaptama dalam pembukaan konferens yang bertemakan ‘Sains Untuk Keamanan’ yang berlansung di sana.

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau diiringi ke mesyuarat tersebut oleh Penasihat STEM beliau Dato Dr Lee Yee Cheong dan Setiausaha Sulit Kanan, Albert Bingkasan

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com