TechSemut Malaysia

Peruncit Dalam Talian Sedang Bangunkan Pesawat “Drone” Penghantaran Satu Tan

Peruncit Dalam Talian Sedang Bangunkan Pesawat “Drone” Penghantaran Satu Tan

Peruncit Dalam Talian Sedang Bangunkan Pesawat “Drone” Penghantaran Satu Tan
Mei 23
09:31 2017

BEIJING – Peruncit dalam talian yang terbesar di China, syarikat JD.com, mengumumkan rancangan untuk membangunkan pesawat “drone” yang mampu membawa satu tan atau lebih dalam penghantaran jarak jauh.

Syarikat itu berkata ia akan menguji pesawat “drone” pada rangkaiannya yang ia sedang membuat ujian yang akan meliputi wilayah utara China, Shaanxi. Ia berkata pesawat “drone” akan membawa barangan pengguna ke kawasan pedalaman dan hasil ladang ke bandar-bandar.

Syarikat JD.com, beribu pejabat di Beijing, berkata ia membuat penghantaran pertama kepada pelanggan dengan menggunakan pesawat “drone” yang lebih kecil pada bulan November.

Peruncit e-dagang yang lain yang termasuk Amazon.com juga sedang menguji penghantaran dengan pesawat “drone”.

Pesawat “drone” adalah sebahagian respon industri untuk menghadapi cabaran ¬†penghantaran barangan ke kawasan luar bandar di mana jarak dan kos penghantaran meningkat.

China adalah pengeluar yang terbesar di dunia dalam pembuatan pesawat “drone” awam, iaitu syarikat DJI, yang berpangkalan di bandar selatan Shenzhen.

(Sumber – AP)

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com