Pada awal tahun ini, Asus telah memperkenalkan pesaing Raspberry Pi mereka tersendiri dengan apa yang dinamakan sebagai Tinker Board. Kini, seperti dijanjikan oleh pihak Asus Malaysia, mereka telah mula menjualnya dipasaran tempatan pada harga RM285.

Asus Tinker Board beroperasi lebih kurang sama seperti Raspberry Pi, dimana pengguna boleh menggunakannya untuk peranti-peranti IoT, atau turut menggunakan ia sebagai sebuah komputer mini.

Asus Tinker Board

Asus Tinker Board menggunakan cip Rockchip RK3288 dengan kelajuan 1.8Ghz, memori 2GB RAM DDR3, dilengkapi sokongan WiFi, Bluetooth 4.0, dan turut menyertakan sokongan storan melalui mikroSD. Tinker Board ini menyokong sistem operasi berasaskan Linux, TinkerOS dan juga Windows.

Bagi anda yang berminat dan inginkan sesuatu alternatif untuk Raspberry Pi, mungkin boleh mendapatkan Tinker Board ini daripada para pengedar Asus tempatan pada harga RM285.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.