Petisyen Dibuka Untuk Pembuatan Semula Penceritaan The Last Of Us Part II

Seperti semua tahu The Last Of Us Part II mendapat pelbagai reaksi selepas ianya tersedia dipasaran kepada umum. Mahupun kualiti grafik dan bentuk permainan permainan ini amat baik dan seronok dimain, namun banyak peminat khususnya selepas sekian lama menanti dari permainan asalnya merasakan penceritaan didalam Part II amat mengecewakan.

Markah pengguna yang rendah – Metacritic

Ulasan kami juga menyentuh mengenai perkara yang sama, antara sebab mengapa permainan ini tidak mendapat markah penuh dari kami.

Semalam, peminat dengan nama pengguna Joel Miller (ya, Joel yang disayangi) mula membuka petisyen melalui platform (Amaran: spoiler penceritaan didalam laman web ini) Change.org dengan harapan penceritaan The Last Of Us Part II bakal dibuat semula.

Petisyen ini memerlukan sebanyak 25,000 tandatangan, dan telahpun mencapai 22,700 pada masa artikel ini ditulis.

Walaupun permainan ini dilanda perasaan marah dan kekecewaan oleh orang ramai, Naughty Dog masih mampu mencatatkan rekod jualan terpantas untuk permainan PS4, sekaligus menewaskan Uncharted 4.

The Last Of Us Part II telahpun berada dipasaran sebagai permainan eksklusif PS4.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*