Petronas Kini Menawarkan Aplikasi Setel Untuk iPhone – Beli Petrol Secara Nirtunai

Petronas sebelum ini telah hadir dengan aplikasi dinamakan Setel, membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran pengisian petrol di stesen Petronas terpilih secara nirtunai.

Menggunakan aplikasi berkenaan, anda boleh memilih nombor pam, dan jumlah yang ingin diisi – seterusnya memulakan pengisian petrol ke kenderaan anda tanpa perlu ke kaunter.

Petronas Setel

Petronas Setel

Pada awalnya, aplikasi ini ditawarkan untuk peranti Android sahaja, dan kini ia telah turut diterbitkan untuk pengguna iPhone.

Buat masa ini, sokongan Setel telah mula diimplementasikan pada sejumlah lokasi stesen minyak Petronas sekitar Lembah Klang. Pihak Petronas menyasarkan untuk pengenalan di hampir 600 stesen seluruh negara menjelang Jun 2019 kelak.

Muat-Turun Setel untuk iPhone

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.