Penggunaan robot yang mampu berfikir sendiri selama ini hanya kita dengar berlaku di luar negara. Contoh terbaik ialah robot Spot yang memantau penjarakan sosial di Singapura. Di Malaysia robot kelak akan digunakan bagi melakukan pemeriksaan pelantar minyak oleh Petronas.

Robot ANYmal C yang mirip seekor anjing telah berjaya menjalani proses ujian di sebuah pelantar mintak Petronas baru-baru ini. Ia dibangunkan oleh firma ANYbotics AG yang berpangkalan di Switzerland. Kerana ia dilengkapi pelbagai sensor ANYmal C boleh melakukan pemeriksaan struktur menggunakan kamera, melihat tahap getaran menggunakan mikrofon terbina dan tahap kepanasan menggunakan kamera haba.

Seperti Spot, ANYmal C mempunyai kemampuan menaiki tangga dan melakukan pemantauan berdasarkan arahan yang diberikan. Ia boleh beroperasi selama dua jam sebelum perlu dicas. Terdapat dermaga khas yang membolehkan ia dicas secara automatik.

Petronas bercadang menggunakan ANYmal C pada pelantar minyak mereka menjelang 2022. Oleh itu mereka akan bekerjasama dengan ANYbotics AG untuk membangunkan sebuah robot baru yang mempunyai kemampuan kalis letupan berdasarkan data yang dikumpul menerusi ujian ANYmal C setakat ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.