TechSemut Malaysia

Pgeon Membolehkan Anda Menghantar Dan Menerima Barangan Daripada myNEWS Terdekat

Pgeon Membolehkan Anda Menghantar Dan Menerima Barangan Daripada myNEWS Terdekat

Pgeon Membolehkan Anda Menghantar Dan Menerima Barangan Daripada myNEWS Terdekat
Mei 09
20:01 2017

Ketika membuat pembelian di arena internet, ia menjadi salah satu kesukaran sekiranya anda ingin menerima barangan, tetapi tiada di rumah ketika itu. Untuk mengatasi masalah berkenaan, kini Pgeon Delivery hadir, dimana ia menggunakan titik penghantaran dan penerimaan melalui kedai myNEWS dan beberapa rakan kerjasama mereka.

Melalui Pgeon, pengguna boleh memilih untuk membuat penghantaran barangan dengan hanya ke kedai yang menyertai program ini – termasuk myNEWS dan juga Sunshine Group. Menurut Pgeon, kini terdapat lebih 300 titik penghantaran dan penerimaan – dimaan kebanyakkannya adalah di bandar-bandar utama.

Pgeon Delivery

Menariknya mengenai perkhidmatan ini adalah memandangkan ia menggunakan titik penghantaran seperti myNEWS, ia membolehkan pengguna mengambil barangan yang diterima selepas waktu kerja atau bila-bila masa yang senang untuk mereka. Begitu juga sekiranya ingin menghantar barangan kepada penerima lain.

Untuk penghantaran, Pgeon hanya menerima barangan yang bersaiz kurang daripada saiz A4 buat masa ini, selain proses berkenaan perlu dilakukan melalui EasyParcel. Untuk penerimaan pula, pengguna perlu memberitahu penghantar terlebih dahulu yang anda ingin menerima melalui Pgeon terdekat dengan anda.

Dengan ramai yang bekerja pada masa kini, perkhidmatan Pgeon ini semestinya akan memudahkan anda menerima barangan, dan tidak lagi menghadapi masalah “tiada orang di rumah” ketika proses menerima barangan yang dibeli secara atas-talian.

Layari : Pgeon Delivery

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com