Pihak SPAD memperkenalkan Aplikasi MeterON bagi mengenal pasti teksi bermeter

IMG-20150408-WA0052Pihak Suruhanjaya Pengangkutan awam darat malaysia (SPAD) telah memperkenalkan aplikasi mudah alih yang di beri nama MeterON di mana , kini pengguna bukan sahaja boleh mengetahui siapakah pemilik teksi bermiter yang mereka naiki malah boleh memberi star rating , merakamkan jajaran perjalanan , mendapatkan angaran tambang , menghantar isyarat SOS dan memberi komen dan aduan tentang teksi yang mereka naiki.

Dengan hanya memasukkan nombor pendaftaran kereta, anda boleh mendapatkan butiran pemandu, menyemak rekod kesalahan pemandu dan ulasan-ulasan penumpang terhadap pemandu teksi yang dinaiki. Ini selaras dengan komitmen SPAD untuk memastikan penumpang dapat menggunakan teksi dan tiba dengan selamat ke destinasi yang ditujui.

Aplikasi mudah alih MeterOn membolehkan anda untuk membuat pengesahan pemandu, menjejaki perjalanan, mendapatkan anggaran tambang bagi satu perjalanan, dan menghantar isyarat SOS sekiranya berlaku kecemasan di dalam perjalanan.

Pengguna boleh menilai pemandu dan melaporkan sekiranya meter tidak digunakan sepanjang perjalanan pada sesi akhir perjalanan. Maklumbalas mengenai pemandu dan aduan boleh dilakukan secara terus kepada SPAD dan tindakan tegas akan diambil kepada pemandu teksi dan operator teksi.

Aplikasi ini merangkumi data yang menyeluruh mengenai pemandu teksi berlesen (termasuk teksi lapangan terbang dan kereta sewa) di seluruh Semenanjung Malaysia. MeterOn terdapat dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, boleh ditetapkan dengan menukar konfigurasi bahasa di dalam telefon bimbit anda.

Sumber :

http://www.spad.gov.my/ms/tfr2015/hak-penumpang/aplikasi-mudah-alih-meteron