Pixel 3 Mungkin Akan Hadir Dengan Warna Mint Aqua

Kurang sebulan, peranti Pixel generasi baru iaitu Pixel 3 akan dilancarkan oleh Google. Terkini, laman Google Jepun mengacah di mana Pixel 3 mungkin akan hadir dengan warna baru iaitu Mint Aqua.

Tidak dinafikan warna seperti hitam dan purih adalah warna yang klisye. Malahan, Apple menawarkan sehingga enam warna untuk iPhone XR. Melalui gambar yang diacahkan, warna putih dan hitam adalah pasti. Jadi tidak hairan jika Google hadir dengan warna baru buat Pixel 3.

Warna mint aqua bukanlah baru dalam siri peranti Android asli. Warna yang lebih kurang sama telah hadir dalam siri Nexus – Nexus 5X. Jadi, untuk ketahui sama ada jika Google akan perkenalkan warna baru ini, sama-sama kita nantikan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.