Pada Android 10, Google memperkenalkan fungsi Live Caption yang mana adalah fungsi mentranskrib audio kepada teks. Pada awalnya, ia ekslusif kepada Pixel 4 sahaja dan hanya kemudian baru ia diedarkan kepada Pixel lain, Samsung Galaxy S20, OnePlus 7/OnePlus 8/Nord.

Pada Pixel 4a yang baru sahaja diperkenalkan, Live Caption dilihat lebih maju – kerana ia boleh mentranskrib panggilan telefon pula. Seperti biasa, ia terhad kepada bahasa Inggeris lagi buat masa ini. Menariknya, penerima panggilan telefon akan mendengar

Hi, the person you’re about to speak with has call captions turned on. They’ll see captions of what you say to help them listen along.”

dan kemudian sarikata akan dipaparkan pada skrin peranti. Sudah semestinya, ia adalah untuk panggilan telefon dalam mod pembesar suara kuat. Ia juga berfungsi pada WhatsApp, Telegram, Facebook Messenger dan banyak lagi.

Tidak dinafikan yang fungsi ini akan diintegrasikan dengan Google Assistant Screen Call, yang mana terhad kepada beberapa buah negara sahaja. Apa-apa pun, kelak ia akan diperluaskan kepada lebih banyak peranti dan kami musykil – sama ada adakah ia akan tiba untuk pengguna di Malaysia?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.