Nampaknya PlayStation 4 dengan pilihan warna emas akan turut ditawarkan di Malaysia. Sony Malaysia mengesahkan bahawa model berwarna emas dan juga perak akan dijual di Malaysia dari 9 Jun pada harga RM 1239. Berbeza dengan model yang ditawarkan di Amerika Syarikat, di Malaysia PlayStation 4 edisi terhad ini hanya mempunyai storan sebesar 500 GB.

Pada waktu yang sama Sony akan mengadakan acara Days of Play dimana tawaran harga sehingga 75%  akan diberikan kepada permainan seperti Horizon Zero Dawn, The Last Guardian dan The Last of Us. Potongan harga hanya ditawarkan menerusi pembelian PlayStation Store sehingga 21 Jun hadapan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.