Bagi para peminat Pocophone, semestinya salah satu perkara yang dinantikan adalah telefon mercu mereka, iaitu Poco F2. Pada awal tahun ini, Poco telah hadir dengan Poco X2 – tetapi ia hanya sekadar peranti berspesifikasi pertengahan sahaja, dan bukan peranti mercu yang dinantikan ramai.

Terbaru, hadir desas-desus mengatakan Poco F2 dilancarkan pada bulan Mei kelak. Ia berkemungkinan adalah Redmi K30 Pro yang hadir dengan sokongan 4G sahaja – berkemungkinan dalam usaha untuk mengurangkan kos peranti berkenaan. Sebelum ini, poco telah melancarkan variasi Redmi K30 sebagai Poco X2.

Poco F2 yang dijangka hadir pada bulan Mei ini dikatakan mungkin dijana cip Snapdragon 855, selain menggunakan antaramuka khusus yang dinamakan Poco Launcher.

Dengan pelbagai ketirisan hadir setiap hari, kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai penawaran terbaru Poco ini dalam masa beberapa minggu ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.