Sekian lama berteka-teki dan membiarkan persoalan mengenai tarikh pelancaran Poco M2 Pro. Kini, Poco telah menamatkan segala spekulasi dengan mengumumkan bahawa peranti tersebut akan muncul secara rasmi di India pada 7 Julai ini.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi sebuah perkongsian di laman twitter rasmi Poco sebentar tadi. Pada ciapan yang sama, Poco turut berkongsi video acah pendek yang memperlihatkan rekaan panel belakang peranti. Ia dilihat didominasi bonggol kamera berbentuk segi empat dan Poco menggunakan slogan kata “#FeelTheSurge” dalam mempromosikan peranti ini.

Markah penanda aras Geekbench 5 untuk peranti ini juga dikatakan telah tertiris, Ia memperlihatkan Poco M2 Pro mungkin dijana cip Snapdragon, tetapi tidak diketahui cip yang mana satu sebaliknya hanya disenaraikan dengan kod nama “Gram”. Ia juga dipercayai menggunakan memori sebesar 6GB RAM dan menjalankan perisian Android 10.

Tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi penuh peranti yang dikongsi buat masa ini. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut kita tunggu pelancaran rasmi kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.