Poco M3 Bakal Ditawarkan Di Malaysia Bermula 24 November?

Poco telah pun sedia menjadualkan pengenalan telefon pintar terbaru mereka, Poco M3 pada 24 November 2020 kelak. Menariknya, pelancaran peranti berkenaan secara global, turut dijangka memperlihatkan ia ditawarkan terus untuk pasaran tempatan.

Melalui laman Lazada, pihak Xiaomi telah pun menyenaraikan Poco M3, dan memperlihatkan ia bakal hadir ke pasaran tempatan. Mereka juga turut telah mula memperlihatkan gambar acah pada beberapa halaman di Lazada.

Ini bukan kali pertama Malaysia menerima peranti pada hari pelancaran global. Sebelum ini, Poco turut telah melakukan perkara sama melalui Poco X3.

Buat masa ini, spesifikasi penuh untuk telefon pintar Poco M3 masih tidak diketahui lagi. Namun, pihak Poco sedia mengacah mengatakan ia bakal hadir dengan cip Snapdragon 662.

Sama-sama kita nantikan 24 November ini untuk ketahui lebih lanjut berkenaan telefon pintar terbaru ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*