Poco Mengacah Permulaan Hidup Yang Baru – Lebih Banyak Peranti Baru Akan Datang?

Pada minggu lepas, kita telah pun mendengar dimana Poco akan diasingkan sebagai syarikat berasingan daripada Xiaomi – sekaligus membolehkan mereka hadir dengan sejumlah peranti menarik dan beroperasi dengan lebih efisien lagi.

Poco Season 2

Selari dengannya, hari ini Poco telah mula mengacah permulaan hidup baru dengan apa yang dinamakan sebagai “Poco : Season 2”.

Poco turut berkongsi mengatakan mereka telah hadir dengan Poco F1 sebelum ini, dan menawarkan sejumlah kemaskini untuknya berdasarkan kepada maklumbalas pengguna. Poco turut mengatakan mereka telah melakukan beberapa kesilapan sebelum ini.

Apa pun, Poco mengatakan mereka kini lebih bersedia dalam menghadapi landskap yang kian berubah dikalangan pengguna masa kini, dan dijangka berkongsi lanjut berkenaan dengannya esok.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.