Poco kini menjadualkan sebuah acara baru pada 22 Mac 2021 kelak, mengatakan bakal memperkenalkan peranti berkuasa dan juga beroperasi dengan pantas pada acara berkenaan. Poco menjadualkan acara berkenaan pada peringkat global, termasuk Malaysia – sekaligus memperlihatkan peranti berkenaan akan memasuki pasaran tempatan tidak lama selepas pelancaran rasmi berkenaan.

Mengikut pelbagai spekulasi, telefon pintar ini dijangka dinamakan Poco X3 Pro, dan bakal hadir dengan spesifikasi tinggi – sekaligus meneruskan era Poco F1 pada suatu ketika dahulu. Poco juga turut dijangka menekankan kepada penawaran harga kompetitif melalui telefon pintar mercu terbaru ini, sekaligus memberikan persaingan kepada pengeluar telefon pintar lain di pasaran.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 22 Mac ini, untuk melihat sendiri apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Poco melalui telefon pintar terbaru mereka ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.