POCO X2 Akan Dilancarkan Pada 4 Februari 2020 – Menyertakan Skrin Pada Kadar Segar Semula Tinggi

Poco telah pun mengacah kehadiran peranti baru sejak beberapa minggu lepas, dan hari ini Poco secara rasminya mengumumkan bakal melancarkan Poco X2 pada 4 Februari 2020 kelak.

Poco X2

Melalui halaman promosi yang diterbitkan hari ini, Poco memperlihatkan yang mana telefon pintar ini akan hadir dengan skrin pada kadar segar semula yang tinggi, menyertakan cip pemprosesan berkuasa, sokongan rakaman gambar yang baik, serta bateri berkapasiti tinggi.

Spesifikasi penuh untuk peranti berkenaan masih tidak diketahui lagi. Dengan kehadiran gambar acah awal ini, kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.