Poco dengan selesa mengambil tempat OnePlus sebagai peranti yang ditawarkan pada harga munasabah tetapi dengan spesifikasi yang baik. Poco F1 misalnya masih lagi boleh digunakan hari ini dengan selesa serta lancar. Semalam akaun rasmi Poco memberikan petunjuk bahawa sebuah peranti baharu akan dilancarkan di India pada 30 Mac hadapan.

Berdasarkan perkataan yang ditebalkan, mungkin Poco X3 Pro ialah peranti yang akan dilancarkan kelak. Sebelum ini beberapa maklumat mengenainya telah tertiris dengan kebarangkalian ia menggunakan cip bahari Snapdragon 860 yang masih belum diumumkan secara rasmi. Pada majlis yang sama kami juga meramalkan Poco F3 turut akan dilancarkan. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Poco F3 ialah Redmi K30 untuk pasaran global tanpa sebarang perubahan spesifikasi.

Kami tahu ramai di kalang pembaca Amanz yang meminati peranti Poco maka sama-samalah menanti pengumuman lebih rasmi dalam masa terdekat.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.