Pocophone F1 Disahkan Menyokong Pengecasan Pantas Quick Charge 4+

Xiaomi Pocophone F1 boleh dikatakan salah satu telefon pintar yang menawarkan spesifikasi tinggi pada harga yang sangat kompetitif. Melalui laman pemasaran Pocophone F1 sehingga kini, mereka sekadar melabelkannya sebagai menyokong Quick Charge 3 sahaja.

Namun, melalui dokumen rasmi yang dikeluarkan kini oleh Qualcomm sendiri, mereka mengatakannya menyokong pengecasan pantas Quick Charge 4+. Qualcomm mengatakan ia bergantung kepada pihak pengeluar untuk mengaktifkan ciri berkenaan sepenuhnya.

Melalui Quick Charge 4+, ia menawarkan kepantasan mengecas lebih 15% pantas berbanding Quick Charge 4 sebelum ini, selain lebih sejuk dan efisyen.

Untuk makluman, pengecas yang disediakan bersama peranti Pocophone F1 adalah hanya versi Quick Charge 3, dan mungkin anda memerlukan pengecas khusus untuk menguji keupayaan pengecasan pantas yang lebih terkini ini.

Selain Pocophone, antara peranti Xiaomi lain yang turut menyokong pengecasan pantas baru ini adalah Mi A2 dan juga Mi 8.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.