Pocophone F1 sampai awal ke Malaysia, sangat awal dengan harga wow

Share Button

Xiaomi akan mula menjual Pocophone F1 pada 30 Ogos ini.

Ia akan dijual dalam dua versi iaitu 6GB+64GB atau 6GB+128GB, masing-masing berharga RM1,237 dan RM1,428 sehingga 10 September ini. Selepas tarikh 10 September, masing-masing akan dijual pada RM1,299 dan RM1,499 disebabkan SST.

Jualan dilakukan secara eksklusif melalui Lazada dan Mi Store dengan dua warna saja iaitu hitam atau biru.

Xiaomi memperkenalkan fon kuasa tinggi, Pocophone F1 yang menggunakan Qualcomm Snapdragon 845 dengan teknologi penyejukan LiquidCool.

Pocophone F1 ini mempunyai pilihan RAM 8GB dengan storan tinggi 256GB. yang dijual pada harga sekitar RM1,500 saja namun ia tidak akan memasuki pasaran Malaysia.

Selain itu, terdapat pilihan 6GB+64GB atau 6GB+128GB pada fon yang menggunakan Adreno 630 GPU.

Xiaomi Pocophone F1 mempunyai 12MP + 5MP Dual Pixel AI bersama kamera depan 20MP.

Berasaskan bateri besar 4000mAh, Poco F1 pada asalnya mempunyai tiga warna pilihan sama ada hitam, biru atau merah.

Ia mempunyai skrin 6.18 inci 6.18″ Full HD+ (2246 x 1080),18.7:9, Gorilla Glass bersama sistem operasi Android 8.1 Oreo / MIUI 9.6.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.