Pokemon Go Telah Dimuat-Turun Lebih 1 Bilion Kali

Pokemon Go merupakan salah satu permainan mudah-alih yang popular beberapa tahun lepas, dimana ramai pengguna memainkannya secara aktif. Ia agak popular kerana menggunakan watak Pokemon, selain pada masa yang sama membawakan bentuk permainan yang mengabungkan dunia nyata dengan dunia maya.

Terbaru, pembangunnya telah berkongsi sebuah video khas, dan mengatakan permainan berkenaan telah dimuat-turun lebih 1 bilion kali.

Perkara ini boleh dikatakan adalah salah satu pencapaian besar. Pokemon Go sebelum ini telah melangkaui angka muat-turun sebanyak 500 juta kali pada 2016 yang lepas – hanya beberapa bulan lepas ia dilancarkan.

Walaubagaimanapun, pihak pembangunnya masih tidak berkongsi berkenaan angka pemain yang masih aktif pada permainan berkenaan pada hari ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.