Pokemon Unite Diumum – Sebuah Permainan MOBA Untuk Mudah Alih Dan Switch

Selepas pengumuman Pokemon Snap dan Smile pada minggu lepas, The Pokemon Company menjanjikan lebih banyak pengumuman bakal dibuat pada minggu ini melalui acara striman mereka.

Hari ini, kita dapat melihat pengumuman Pokemon Unite, sebuah permainan MOBA untuk mudah alih dan Nintendo Switch yang boleh dimainkan secara percuma.

Dibangunkan oleh Tencent dan TiMi Games, pemain bakal mempunyai pilihan untuk memilih Pokemon untuk bertarung dengan Pokemon liar untuk mendapatkan mata XP. Dengan mata tersebut Pokemon bakal dinaik tahap.

Serupa seperti Pokken Tournament, permainan ini membawakan sistem pertempuran yang berbeza dari sistem klasik Pokemon.

Setakat ini tiada tarikh rasmi diumum.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*