Polestar Memperlihatkan Sistem Operasi Kereta Yang Berasaskan Android

Kereta semakin pintar dan sedang dibangunkan untuk mempunyai kemampuan swapandu tahap ketiga. Pada tahap ini tiada campur tangan manusia diperlukan untuk ia pergi dari destinasi A ke B. Tetapi seperti zaman awal perisian, sistem kawalan kereta pintar sedang mengalami masalah mencari antaramuka yang paling mesra pengguna. Polestar ialah anak syarikat Volvo yang menghasilkan kenderaan elektrik. Mereka telah memperlihatkan ataramuka kenderaan terbaru mereka yang menggunakan sistem operasi berasaskan Android,

Dengan kerjasama Google, Polestar 2 akan menggunakan sistem operasi Android dengan rekaan minimalis yang mirip sebuah telefon pintar. Perbezaan terletak pada empat kategori utama pada bahagian atas iaitu kamera, aplikasi, profil pengguna dan sistem kereta.

Pada skrin utama pengguna boleh mengakses sistem navigasi Google Maps, pemain Play Music, melihat status telefon pintar peribadi yang ditambat serta agenda harian terus dari Google Calender.

Terdapat talam yang boleh ditarik ke bawah pada bahagian atas untuk pintasan kepada WiFi, Google Assistant, Bluetooth dan tetapan lain. Sebuah lagi talam yang ditarik ke atas pula menyimpan skrin sistem pendingin hawa.

Kerana ia berasakan Android, pelbagai aplikasi boleh dimuat turun dari Play Store. Ia kemudian boleh disusun mengikut kategori oleh pengguna sendiri bagi mengelakkan semak pada skrin. Bagi pengguna yang telah biasa dengan sistem operasi Android, antaramuka yang digunakan oleh Polestar 2 ini mudah digunakan. Anda boleh mencuba sendiri antaramuka ini menerusi pautan di bawah.

Cuba antaramuka berasaskan Android kereta pintar Polestar 2

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.