


Polis mahu waze membuang tanda “polis” dalam aplikasi tersebut.
hasnan Mac 15, 2016 0 Automotif , Berita , GajetPada penguna-penguna waze pasti anda akan tahu bahawa anda boleh berkongsi maklumat jalan raya termasuk lah jika terdapat polis di hadapan anda. Menurut slashgear.com , Polis di us dan juga di kebanyakan negara lain meminta agar google mengeluarkan fungsi ini apabila syarikat itu mengambil alih perisian ini dengan . Mereka mengelar aplikasi ini sebagai “police stalker” kerana dengan mengunakan aplikasi ini , pengguna jalan raya boleh mengelak sekatan jalan raya dan juga kamera perangkap laju .
Pada pengguna jalan raya pula , ianya adalah satu fungsi yang menarik kerana ia mampu mengelakan mereka dari di saman dan di tahan pihak berkuasa jika memandu laju di kawasan terbabit . Namun kebimbangan lain yang timbul adalah apabila penjenayah mampu mengunakan aplikasi ini untuk mengelak daripada sekatan jalan raya yang telah di buat oleh pihak polis dan keselamatan. Namun sehingga sekarang , Kemudahan tersebut masih kekal berada dalam aplikasi ini .