Semasa Apple melancarkan iPhone 12 dan mengumumkan sokongan MagSafe, peminat aksesori PopSocket mempersoalkan bagaimana aksesori pemegang peranti ini boleh digunakan jika ingin gunakan aksesori rasmi MagSafe? Jalan penyelesaiannya adalah, PopSocket memperkenalkan aksesori MagSafe tersendiri mereka.

PopGrip for MagSafe, PopWallet+ for MagSafe, PopMount for MagSafe,  PopMount for MagSafe Multi-Surface, PopMount for MagSafe Car Vent, PopGrip Slide Stretch dan PopGrip Slide adalah aksesori yang diperkenalkan.

PopGrip for MagSafe adalah mempunyai tapak MagSafe yang boleh dilekatkan pada iPhone 12 melalui kerangka MagSafe. Ia turut menyokong PopSockets PopMount 2. PopWallet+ pula adalah alternatif kepada dompet MagSafe yang muat menyimpan tiga keping kad. Dompet ini pengguna bebas memilih rekaan masing-masing. PopMount pula mempunyai satu tapak untuk kereta dan satu untuk kegunaan di pelbagai situasi.

PopGrip Slide Stretch dan PopGrip Slide pula dibina khusus untuk digunakan pada pelbagai kerangka dan lagi satu adalah khusus untuk kerangka silikon.

PopGrip Pocketable, PopGrip Antimicrobial, dan PopSockets x SOG PopGrip Multi-Tool pula adalah aksesori tambahan yang akan diperkenalkan di masa akan datang. Harga jualan juga masih belum didedah

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.