Populasi Spesies Kerang Bulu di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu

Munirah Abd Rahman
Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari
Universiti Malaysia Terengganu

Pengenalan

Musim tengkujuh dan hujan lebat yang berterusan di Negeri Terengganu sejak awal November 2019 yang lalu ibarat satu nikmat buat penduduk setempat di beberapa kawasan pantai negeri tersebut. Setelah Pantai Rhu Dua, Rusila, dan Pantai Pulau Kekabu, Marang, kini Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu pula dilimpahi dengan populasi spesies kerang bulu atau nama saitifiknya (Anadara spilula).

Penduduk Kampung Pantai Pandak, Chendering merebut peluang memungut spesies kerang bulu yang terdampar di pantai tersebut (Azrul, 2019).

Kehadiran musim tengkujuh menyebabkan spesies kerang bulu ini yang hidup dibawah sedimen pasir atau lumpur di kawasan muara terdedah kepada arus kuat. Hujan lebat dan aliran sungai yang laju akan menghakis sedimen dan menyebabkan kerang bulu dihanyut arus. Oleh kerana itu, ia lebih mudah dihanyut arus dan terdampar di pantai apabila ditolak ombak besar seperti yang berlaku di beberapa kawasan pantai di Negeri Terengganu. Kejadian ini merupakan fenomena alam yang biasa berlaku setiap tahun terutama apabila tiba musim tengkujuh selepas hujan lebat yang berterusan. Fenomena ini bukanlah petanda berlaku Tsunami atau banjir besar di negeri tersebut seperti yang dirisaukan penduduk setempat. Pantai-pantai yang berlaku kejadian ini merupakan pantai yang berlumpur iaitu habitat semulajadi bagi spesies kerang bulu.

Pengkelasan Spesies Kerang Bulu

(Suwigyo, 2002)

Morfologi Kerang Bulu

Kerang bulu mempunyai 2 keping cengkerang yang saling menutupi dan berwarna coklat kehitaman. Keseluruhan bentuk kerang tersebut hampir berbentuk bulat dan pada mulut cengkerang terdapat bulu-bulu kecil. Saiz spesies kerang ini antara 2 hingga 4 cm lebar. Bahagian tubuh kerang pula terdiri daripada kaki, kepala, bahagian perncernaan dan pembiakan, selaput dan juga cengkerang. Kerang bulu mempunyai kandungan protein yang tinggi.

Morfologi kerang bulu (Anadara spilula) Hidangan kerang rebus segar bersama sos pencicah yang menyelerakan

Taburan dan Habitat Kerang Bulu

Taburan kerang bulu boleh didapati di Lautan China Selatan, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik khususnya di kawasan intertidal atau zon pasang surut, iaitu di kawasan pantai berpasir dan berlumpur. Spesies kerang ini mendiami habitat pantai laut pada substrat lumpur berpasir dengan kedalaman antara 10 hingga 30 meter. Spesies kerang ini hidup dengan cara membenamkan diri di pantai-pantai berpasir dan substrat lumpur yang mengandungi hemoglobin untuk membantu sistem pernafasan organisma invertebrata tersebut (Rudman, 1999).

Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu (sekitar 8 km daripada pusat bandar), kini menjadi tumpuan aktiviti memungut spesies kerang bulu.

Rujukan

Rudman, W.B. 1999. Discodoris lilacinae, Sea slug. http.//www.austurius.gov.au/.

Suwignyo. 2002. Invertebrata Air. Penebar Swadaya. Bogor.

Kredit Foto : sittitap

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.