Portal e-dagang dari fama

bazarJika sebelum ini , jika anda teringinkan untuk membeli buah ataupun barangan dari petani dan pertendak tempatan anda perlu ke pasar atau pasaraya bagi mencari barang keperluan tersebut . Bayangkan sebelum ini anda terpaksa membayar parking , menempuhi kesesakan lalu lintas dan sebagainya dan yang paling malang apabila barang yang anda teringin tiada di jual ketika itu.  Kini anda tidak perlu memeningkan kepala untuk mencari apa yang anda inginkan , hanya perlu memasuki portal agrobazar dan anda boleh melihat dan mencari barangan yang anda ingin . Mudah dan menjimatkan masa anda.

Pihak fama telah memperkenalkan bazar atas talian bagi pembeli mahupun penjual mengedarkan dan mendapatkan bekalan terus melalui portal edagang atas talian . Protal yang di bernama agrobazaar ini boleh di layari menerusi laman agrobazaar.com.my

Kepada penternak , peladang ataupun peniaga . Anda boleh mendaftar sebagai penjual berikut adalah barang-barang yang anda boleh pasarkan menerusi portal ini.

TANAMAN

meliputi varieti sayur-sayuran dan buah-buahan segar, bunga-bungaan, herba dan tanaman kontan serta peralatan dan input pertanian

PERIKANAN

meliputi hasil segar perikanan marin, air tawar, kerang-kerangan, ikan hiasan, tumbuhan dalam air, peralatan, input dan hasil perikanan

AGRO PERLANCONGAN

pelbagai produk kraftangan dan info makanan popular setiap negeri, pakej homestay, pengangkutan dan kemudahan rekreasi

TERNAKAN

meliputi ternakan hidup, hasilan ternakan segar, proses dan sejukbeku, peralatan, input dan penjagaan kesihatan ternakan.

ASAS TANI

pelbagai produk makanan dan minuman proses dan sejuk beku, peralatan, dan input asas tani serta produk penjagaan diri, kecantikan dan kesihatan

PERKHIDMATAN

perkhidmatan hamper dan hadiah, menyediakan info kementerian/jabatan/agensi bagi pensijilan, pembiayaan dan perbankan, logistik, tenaga kerja, latihan dan katering