Sudah menjadi trend berkongsi berita atau info viral atau tular di internet dan laman media sosial. Tidak semua yang dikongsi itu adalah berita yang benar dan banyak yang palsu. Bagi menghindar penyebaran berita palsu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah melancarkan portal Sebenarnya.my bagi menghindar orang ramai untuk menyebarkan berita yang palsu.
Sesuai dengan tagline ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’, portal ini memaparkan pelbagai berita palsu yang tular sebagai rujukan orang ramai untuk menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum di kongsi (share) di laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
Dalam portal Sebenarnya.my dipaparkan berita palsu serta fakta yang membuktikan berita tersebut adalah palsu dengan penjelasan apa yang sebenarnya berlaku atau penafian tentang sesuatu berita tular yang didapati palsu.

Layari http://sebenarnya.my/ untuk memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum sebar ya!..Kalau tak pasti tu jangan kongsi…

ekselen.my

sumber : http://ekselen.my/

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.