TechSemut Malaysia

Pos Malaysia Menawarkan Poskad Dengan Sokongan Animasi AR Bersempena Raya

Pos Malaysia Menawarkan Poskad Dengan Sokongan Animasi AR Bersempena Raya

Pos Malaysia Menawarkan Poskad Dengan Sokongan Animasi AR Bersempena Raya
Mei 22
18:43 2017

Dengan musim perayaan yang menjelang tiba, kini, pihak Pos Malaysia telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan poskad khusus yang hadir dengan integrasi animasi yang boleh dilihat menerusi aplikasi khusus yang dinamakan sebagai AR Postcard.

Melaluinya, secara tidak langsung, Pos Malaysia ingin mempromosikan gabungan penawaran poskad fizikal tetapi menawarkan kandungan tambahan secara digital melaluinya.

Poskad AR Pos Malaysia

Konsep sebegini bukan sesuatu yang baru, malah telah diintegrasikan pada pelbagai produk bercetak akhir-akhir ini. Melaluinya, ia memerlukan pengguna mengimbas kandungan menggunakan aplikasi khusus melalui telefon pintar, dan seterusnya menikmati animasi ringkas melalui telefon pintar mereka. Ia sesuatu yang menarik untuk melihat Pos Malaysia turut menggunakan konsep ini, dan secara tidak langsung membolehkan lebih ramai anak muda berminat untuk mendapatkan produk seperti poskad.

Poskad khusus ini akan dijual pada harga RM5.90 (RM6.25 selepas GST) setiap set yang terdiri daripada empat poskad bersempena Hari Raya Aidilfitri, dan dijual di semua pejabat pos besar seluruh negara.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com