Huawei Mate X2 ialah peranti yang dinantikan sebagai pengganti Mate Xs yang dilancarkan dalam jumlah terhad tahun lalu. Antara kritikan yang diberikan ialah skrin boleh-lipat di bahagian luar lebih terdedah kepada risiko kerosakan berbanding lipatan ke dalam. Poster promosi Mate X2 baru sahaja tertiris di China mengesahkan ura-ura sebelum ini.

Dapat dilihat peranti kini mempunyai rekaan dengan skrin yang dilipat ke dalam sama seperti Galaxy Z Fold2. Malahan ayat tertera pada poster turut mengatakan Mate X2 menggunakan rekaan tubuh baharu. Peranti ini dipercayai akan menggunakan cip Kirin 9000 tetapi maklumat lain masih lagi berjaya dirahsiakan. Dengan poster telah tertiris, ini bermakna peranti akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.