Oppo sedia hadir dengan beberapa peranti di bawah siri F yang memfokuskan kepada penawaran spesifikasi pertengahan dan kualiti rakaman gambar yang baik.

Dalam perkembangan terkini, jenama ini dilihat dalam perancangan untuk pengenalan peranti baharu di bawah siri yang sama – iaitu siri Oppo F19. Ini memperlihatkan Oppo turut melangkau satu angka penjenamaan untuk peranti mereka ini – selepas memperkenalkan siri Oppo F17 sekitar tahun lalu.

Siri Oppo F17 Yang Diperkenalkan Secara Rasmi Tahun Lalu

Poster promosi rasmi kini telah mula diperlihatkan menerusi laman Amazon. Ia mengesahkan bahawa Oppo bakal memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model berbeza – yang terdiri dengan Oppo F19 Pro dan Oppo F19 Pro+ 5G.

Tiada sebarang butiran lanjut yang dikongsi. Sebaliknya, hanya terdapat slogan kata “Flaunt the night” bersama kapsyen bertulis “Coming Soon” – yang mana memberi gambaran kepada kita semua bahawa ia bakal diperkenalkan dalam masa terdekat ini. Tidak seperti siri Oppo F17, model kali ini hanya dilengkapi sokongan lensa swafoto tunggal diletakkan pada lubang kecil di skrin hadapan.

Poster Promosi Siri Oppo F19

Menurut spekulasi awal, Oppo F19 Pro+ 5G dipercayai menggunakan sistem tri-kamera utama dengan gabungan lensa 64-Megapixel + 8-Megapixel (ultra-lebar) + 2-Megapixel (kedalaman). Ia juga bakal dilengkapi skrin bersaiz 6.4-inci AMOLED, cip MediaTek Dimensity 800U, kamera swafoto 32-Megapixel dan bateri 4,500mAh.

Sementara itu, Oppo F19 Pro pula dikhabarkan hadir dengan sokongan empat kamera di belakang – dengan gabungan lensa 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (ultra-lebar) + 2-Megapixel (kedalaman) + 2-Megapixel (makro). Selain daripada itu, ia juga akan menggunakan skrin bersaiz 6.4-inci AMOLED, cip MediaTek Helio P95, kamera swafoto 16-Megapixel dan bateri 4,310mAh.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.