TechSemut Malaysia

Power Bank Yang Dicaj Menggunakan Kabel Lightning Akhirnya Dihasilkan Oleh Belkin

Power Bank Yang Dicaj Menggunakan Kabel Lightning Akhirnya Dihasilkan Oleh Belkin

Power Bank Yang Dicaj Menggunakan Kabel Lightning Akhirnya Dihasilkan Oleh Belkin
Julai 06
00:43 2018

Peranti moden mempunyai ketahanan bateri yang lebih baik berbanding dua tahun yang lalu. Ini adalah kerana penggunaan pemproses yang kurang menggunakan kuasa serta perisian yang lebih bijak menguruskan bateri. Tetapi masih ramai pengguna memiliki sekurang-kurangnya sebuah power bank untuk memastikan peranti dapat dicaj dalam situasi kecemasan.

Aneh sekali semua power bank di pasaran masih lagi dicaj menggunakan kabel mikroUSB atau USB-C. Bagi pemilik iPhone ini memaksa mereka membawa kabel lebih hanya untuk mengecas powerbank. Belkin akhirnya telah melancarkan powerbank yang boleh dicas menggunakan kabel Lightning. BOOST↑­CHARGE Power Bank Lightning 10K mempunyai kapasiti 10,000 mAh dan hadir dengan dua port pengecasan. Satu mengecas pada arus 2.1A dan satu lagi pada arus 1A. Ia melepasi proses pensijilan MiFi Apple.

Bagi yang berminat powerbank ini dijual pada harga $60 sebuah bermula Ogos hadapan dalam warna hitam dan putih.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com