ASUS melancarkan peranti pintar gaming terbaru dan paling berkuasa mereka, ROG Phone 5 pada minggu lepas, yang dikuasakan cip pemprosesan Qualcomm terbaru, Snapdragon 888. Ia turut hadir dengan sejumlah penambahbaikan dari segi rekaan dan juga ciri-ciri tambahan, khususnya dari segi Air Trigger, X-Mode dan sebagainya.

Terkini, ASUS Malaysia telah mengesahkan bahawa pra-tempah untuk ROG Phone 5 akan dilakukan secara eksklusif melalui kedai atas talian mereka di Shopee, dimana peranti ini akan dijual pada harga RM2999 untuk konfigurasi 8GB+128GB dan RM3799 untuk konfigurasi 16GB+256GB.

Pra-tempah ini akan dibuka bermula 19 Mac kelak sehingga 2 April dimana ASUS Malaysia juga akan memberikan ROG Kunai 3 yang bernilai RM499 secara percuma untuk mereka yang pra-tempah peranti ini secara awal. Menurut mereka, sejumlah 400 unit ROG Kunai 3 akan disertakan untuk mereka yang pra-tempah 200 unit setiap model ROG Phone 5.

Untuk mereka yang berminat untuk pra-tempah peranti ini, anda boleh ke laman web Shopee ASUS Malaysia. Anda juga boleh membaca pandang pertama kami mengenai peranti ini di sini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.