Phablet terkini Samsung Galaxy Note20 da Note20 Ultra telah dilancarkan sebentar tadi. Bagi pengguna di Malaysia ia sudah boleh dipra-tempah bermula esok hingga 20 Ogos 2020.

Galaxy Note 20Di Malaysia Samsung Galaxy Note20 4G dijual pada harga RM3899, Galaxy Note20 5G pula pada harga RM4299 dan akhir sekali Galaxy Note20 Ultra dijual pada harga RM5199. Ketiga-tiga model peranti ini ditawarkan dengan storan 256GB sahaja.

Pra-tempahan Galaxt Note20 Ultra di Malaysia akan menerima Galaxy Buds Live bernilai RM699 secara percuma manakala pra-tempahan untuk Galaxy Note20 pula akan menerima Galaxy Buds+. Bagi yang tidak ingin melakukan pra-tempahan, jualan terbuka akan berlangsung bermula 21 Ogos 2020.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.