TechSemut Malaysia

[PREVIU] Honor 10, pengalaman jujur seorang Faiz

[PREVIU] Honor 10, pengalaman jujur seorang Faiz

Jun 04
15:40 2018
Share Button

Oleh Faiz Zainal

‘Impression’ pertama masa Faiz pegang tentulah teruja dengan warna yang sangat menawan. Kilauan warna yang menaikkan kecantikannya.

Unit yang Faiz uji berwarna Glacier Gray walaupun luarannya nampak seakan warna biru cair tapi Faiz cadangkan anda pilih warna ‘Phantom Blue’ atau ‘Phantom Green’.

Benda pertama yang anda pasti tertanya-tanya pasti tentang kamera. Sepanjang menggunakan honor 10 ni, Faiz lebih tertarik dengan swafoto kamera dalam mode ‘potrait’.

Fungsinya seakan iPhone X. Bayangkan, harga yang murah dengan fungsi yang power.

Faiz sukakan mod ‘classic lighting’ dan ‘stage lighting’ selain turut tersedia tahap beauty yang mencantikkan muka tapi secara peribadi Faiz lebih suka untuk tidak mengaktifkan mod beauty.

Untuk kamera belakang, Faiz kurang gemar dengan teknologi AI untuk beberapa objek seperti objek tumbuhan dan objek yang terdedah dengan pengcahayaan.

Ini memandangkan gambar yang menggunakan AI menaikkan warna seterusnya menjadikan warnanya nampak tidak asli dan terlalu ‘over exposure’.

Gambar ketika mod AI diaktifkan

Gambar ketika mod AI ditutup

Faiz lebih gemar off kan mod AI pada kamera belakang.

Paling best, ‘face unlock’ 180darjah yang sangat memudahkan. Walaupun fon diletakkan jarak tepi sedikit dari depan muka, face unlock masih dapat membuka fon.

Ia bukanlah yang face unlock terpantas tapi Faiz sangat berpuas hati.

Dari segi reka bentuk badan, Faiz berpendapat anda ‘wajib’ pakai kasing kalau sayangkan fon kerana Honor 10 ni agak mudah tergelincir apabila memegangnya.

Tambahan lagi, bahagian belakang yang berbentuk lengkung atau curve di bahagian sisi seperti yang ada pada Samsung Note 5 membuatkan Honor 10 terasa nipis sedikit berbanding Honor 9 sebelum ni.

Classic Lighting

Stage Lighting

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com