Berita Menarik

Program Pemecut Digital Alpha Startups (PeDAS) Untuk Usahawan Di Malaysia Diumumkan

Pembaca : 12
0 0

1337 Ventures iaitu pengasas pemecut yang pertama dan terawal di Malaysia kini hadir dengan sebuah program yang dinamakan Pemecut Digital Alpha Startups (PeDAS). Ia disokong oleh AWS, AirTable, Found8 dan iTrain.

Program PeDAS ini dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang ingin menceburi bidang perniagaan dalam meraih pendapatan. Melaluinya, peserta akan mempelajari teknik dan pengetahuan penting untuk memulakan dan menjalankan perniagaan.

Selain itu, program ini turut hadir dalam membantu meningkatkan produktiviti rakyat Malaysia sewaktu berada di rumah sepanjang tempoh kawalan pergerakan (PKP) dan bulan Ramadan yang bakal tiba.

Menarik mengenai PeDAS juga, ia merangkumi penghasilan dan pengesahan idea, pemasaran dan pembangunan prototaip yang akan dilatih sepanjang tempoh program. Di akhir program, peserta dengan prototaip dan pembentangan terbaik akan menerima sokongan infrastruktur daripada AWS berjumlah sekitar RM10,000 (~US$3,000).

Bagi yang berminat, pintu pendaftaran telahpun dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah pada 23 April 2020. Program ini akan berlangsung selama 10 hari yang mana akan bermula pada 27 April 2020 kelak. Untuk maklumat lanjut, anda boleh emel kepada 1337 Ventures.

Daftar: Program Pemecut Digital Alpha Startups

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.