Projek Dwi-Boot ‘Alt OS’ Dari Google Dihentikan Buat Sementara Waktu

Chrome OS adalah sistem operasi yang ringan. Namun untuk menjalankan sistem operasi ini pada sesebuah peranti, spesifikasi yang tinggi diperlukan. Kemudian, Chrome OS juga tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi seperti Windows. Jadi, Google telah memulakan projek ‘Alt OS‘ untuk dwi-boot Windows dan Chrome OS pada satu peranti.

Chrome OS Linux

Alt OS‘ ini adalah satu projek yang dikhususkan untuk Pixelbook, iaitu komputer riba hibrid Chrome OS dari Google. Ia adalah Chromebook paling mahal setakat ini. Sayang sekali, kini di laman Chromium kod untuk ‘Alt OS’ telah ditolak keluar. Ini bermakna, buat masa ini projek ini dihentikan seketika dan bukannya dilupakan. Ada kemungkinan besar, kod ini mendatangkan masalah dan di masa hadapan kelak Google akan temui jalan penyelesaian.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.